Dalam penggunaan biasa, istilah elektrik dikaitkan dengan beberapa konsep biasa yang sebaik-baiknya dirujuk menggunakan istilah-istilah yang lebih tepat:

■Keupayaan elektrik (selalunya dirujuk sebagai voltan) – tenaga keupayaan per unit cas yang berkait dengan medan elektrik statik.
■Arus elektrik – pergerakan atau aliran zarah-zarah bercas elektrik.
■Medan elektrik – medan yang terdapat di sekeliling objek yang bercas.apabila terdapat objek bercas lain yang masuk ke medan ini, medan ini akan mengenakan daya ke atas objek tersebut.
■Tenaga elektrik – tenaga yang terhasil akibat aliran cas elektrik melalui pengalir elektrik.
■Kuasa elektrik – kadar penukaran tenaga elektrik daripada atau kepada tenaga dalam bentuk lain, seperti cahaya, haba atau tenaga mekanikal (sawat).
■Cas elektrik – sifat asas terabadi pada sesetengah zarah subatom, yang menentukan saling tindak elektromagnetnya. Jirim bercas elektrik dipengaruhi oleh, dan dapat menghasilkan medan elektrik.

Advertisements