Latest Entries »

Eletrik..

Dalam penggunaan biasa, istilah elektrik dikaitkan dengan beberapa konsep biasa yang sebaik-baiknya dirujuk menggunakan istilah-istilah yang lebih tepat:

■Keupayaan elektrik (selalunya dirujuk sebagai voltan) – tenaga keupayaan per unit cas yang berkait dengan medan elektrik statik.
■Arus elektrik – pergerakan atau aliran zarah-zarah bercas elektrik.
■Medan elektrik – medan yang terdapat di sekeliling objek yang bercas.apabila terdapat objek bercas lain yang masuk ke medan ini, medan ini akan mengenakan daya ke atas objek tersebut.
■Tenaga elektrik – tenaga yang terhasil akibat aliran cas elektrik melalui pengalir elektrik.
■Kuasa elektrik – kadar penukaran tenaga elektrik daripada atau kepada tenaga dalam bentuk lain, seperti cahaya, haba atau tenaga mekanikal (sawat).
■Cas elektrik – sifat asas terabadi pada sesetengah zarah subatom, yang menentukan saling tindak elektromagnetnya. Jirim bercas elektrik dipengaruhi oleh, dan dapat menghasilkan medan elektrik.

Tugasan selanjutnya merupakan tugasan individu dimana,pelajar dikehendaki membuat poster.Poster yang terbaik boleh dihasilkan menggunakan aplikasi photoshop.Menggunakan aplikasi photoshop,kita bole mengedit dan menambahbaik serta memperkemaskan lagi poster tersebut dengan tulisan-tulisan berbentuk 3 dimensi,penambahan dan pengurangan cahaya,kesan-kesan khas dan sebagainya.

Power point:Tekanan

Presentation1 acap

Mengedit gambar

Dalam kuliah ke-6,pensyarah mengarahkan para pelajar bagi menghasilkan sebuah gambar yang telah diedit mengikut kesesuaian.proses ini merangkumi cara pelajar mengolah atau mengubah sesebuah gambar menjadi lebih menarik.Antara perkara yang boleh pelajar lakukan adalah,menambah keamatan cahaya,mengubah kontras,mengurangkan kemerahan mata dan lain-lain.

Edit

Latar belakang…

Blog ini merupakan sebahagian daripada tugasan yang harus dilakukan oleh pelajar yang mengambil kursus Teknologi Pendidikan.Dalam kursus ini,pelajar didedahkan dengan pelbagai kegunaan teknologi dan manfaatnya dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran.Antara salah satu daripada teknologi tersebut adalah penggunaan blog wordpress ini.

Bagi seorang pengajar,penggunaan teknologi dalam pengajaran adalah perlu.Seiring dengan peredaran zaman,seseorang guru harus tahu menggunakan pelbagai kaedah bantu mengajar yang relevan untuk memudahkan pemahaman para pelajar.Oleh itu,segala isi pengajaran dapat disampaikan kepada pelajar dengan mudah dan selesa serta yang penting dapat membantu pemahaman para pelajar.

Didalam wordpress ini,guru dapat menyalurkan pelbagai maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran serta dapat membantu para pelajar mendapat bahan rujukan dengan mudah.Denagn arus globalisasi masa kini,para pelajar tidak seharusnya menglami kesukaan untuk mengakses maklumat daripada alam maya.Oleh itu,adalah diharapkan,dengan adanya teknologi masa kini,proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan terancang.

Physics is fun

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!