Blog ini merupakan sebahagian daripada tugasan yang harus dilakukan oleh pelajar yang mengambil kursus Teknologi Pendidikan.Dalam kursus ini,pelajar didedahkan dengan pelbagai kegunaan teknologi dan manfaatnya dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran.Antara salah satu daripada teknologi tersebut adalah penggunaan blog wordpress ini.

Bagi seorang pengajar,penggunaan teknologi dalam pengajaran adalah perlu.Seiring dengan peredaran zaman,seseorang guru harus tahu menggunakan pelbagai kaedah bantu mengajar yang relevan untuk memudahkan pemahaman para pelajar.Oleh itu,segala isi pengajaran dapat disampaikan kepada pelajar dengan mudah dan selesa serta yang penting dapat membantu pemahaman para pelajar.

Didalam wordpress ini,guru dapat menyalurkan pelbagai maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran serta dapat membantu para pelajar mendapat bahan rujukan dengan mudah.Denagn arus globalisasi masa kini,para pelajar tidak seharusnya menglami kesukaan untuk mengakses maklumat daripada alam maya.Oleh itu,adalah diharapkan,dengan adanya teknologi masa kini,proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan terancang.